Tuesday, January 10, 2017

Monday, November 21, 2016

PROMOSI PAKEJ PANTANG 2017



BERITA BAIK BUAT SEMUA KESAYANGAN ADRUJA YANG BAKAL MENIMANG CAHAYA MATA TAHUN DEPAN.
Adruja Spa MEMBERI POTONGAN SEBANYAK RM99.00 UNTUK KESEMUA PAKEJ PANTANG YANG DITEMPAH SEBELUM JANUARI 2017.
POTONGAN INI HANYA LAYAK JIKA PENEMPAHAN DI BUAT SEBELUM JANUARI 2017 SAHAJA!
PM/WHATSHAPP 013 251 9058 SEKARANG DAN DAPATKAN HARGA PROMOSI INI.
PM/WHATSHAPP 013 251 9058 SEKARANG DAN DAPATKAN HARGA PROMOSI INI.
PM/WHATSHAPP 013 251 9058 SEKARANG DAN DAPATKAN HARGA PROMOSI INI.
PM/WHATSHAPP 013 251 9058 SEKARANG DAN DAPATKAN HARGA PROMOSI INI.
* Nota Kaki
- semua bahan kami sediakan sepanjang rawatan kecuali barut/bengkung
- Produk digunakan adalah Tanamera dan bahan-bahan semulajadi
- Perawatan adalah termasuk perawatan bayi.
013 251 9058
013 251 9058
013 251 9058
013 251 9058









Tuesday, December 15, 2015

Info - Tentang Luka Bersalin

Secara amnya, luka bersalin adalah luka yang dikaitkan dengan wanita yang bersalin secara normal. Luka bersalin ini juga di panggil "episiotomy". Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan "episiotomi".  "Episiotomi" berbeza dengan luka biasa. "Episiotomi" adalah luka akibat digunting oleh doktor sewaktu proses kelahiran. Manakala luka biasa terjadi secara semulajadi semasa proses kelahiran tanpa guntingan.

Banyak berpendapat bahawa luka Episiotomi boleh menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya dan sakitnya juga hanya sedikit berbanding dengan sakit luka episiotomi kerana luka biasa tidak melibatkan otot yang banyak.



Luka pembedahan atau luka caesarean pula tergolong dalam dua jenis iaitu jenis menegak dan melentang. Biasanya, sekarang doktor akan memilih cara pembedahan secara melintang kerana ia lebih cepat sembuh dan kurang sakit.



Kebiasaannya, luka episiotomi akan sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari, manakala luka pembedahan, mengambil sedikit masa untuk sembuh sedalamnya. Tetapi dalam tempoh yang sama, sudah cukup untuk kulit bercantum kembali. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu kecuali ada jangkitan atau sebagainya.

Bagi luka episiotomi, biasanya dua minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sediakala.

TIPS & PETUA untuk penjagaan luka bersalin ;

1 - Pastikan kawasan luka sentiasa kering lebih-lebih lagi bagi luka pembedahan. Ada setengah ibu gemar menggunakan ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka.
* Pandangan dari segi klinikal pula, tidak digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan menganggu percantuman semula kulit. Biasanya, doktor akan menasihatkan agar tidak menggunakan sebarang ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas bersalin.
* Untuk mengurangkan parut terutama sekali luka pembedahan, sangat digalakkan pengambilan vitamin C & E. "Keloid" wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka.



2 - Bagi luka episiotomi pula, pastikan tuala wanita sentiasa ditukar. Pastikan luka di lap kering selepas keluar dari tandas dan juga sapukan ubat luka yang di bekalkan oleh doktor.
*  Untuk proses penyembuhan secara tradisional, basuhan dengan air rebusan sireh + inai + asam keping + garam amat di galakkan. Hal ini dapat membantu untuk menyembuhkan luka itu dengan cepat dan juga dapat mengelakkan dari berbau hanyir atau busuk.




TAHUKAH ANDA? LUKA EPISIOTOMI biasanya akan rasa sakit hanya selama dua hari. Tetapi jika kesakitan itu berterusan, mungkin ada petanda jangkitan! Jumpa doktor anda dengan segera!


Jom klik & LIKE FB Page

Adruja Post Natal Care & SPA - Pakej Pantang

Sunday, December 6, 2015

Cara menenangkan bayi baru anda



PERKARA PENTING yang ibu-ibu PERLU lakukan apabila bayi anda menangis adalah bertindak dengan cepat! Membiarkan dia menangis akan mengalakkannya lagi. 

Jom kita jenguk tujuh (7) cara di bawah untuk menenangkan bayi anda!

1. Berikan satu penyusuan


Pada bulan pertama, kelaparan merupakan sebab utama mengapa bayi anda menangis. Memberinya satu penyusuan merupakan cara paling berkesan untuk menenangkan bayi anda, walaupun ini bermakna penyusuan yang kerap pada waktu siang dan malam. Jika bayi anda, menyusu botol dan menghisap botolnya dengan lahap pada selang dalam waktu yang singkat, dia mungkin dahaga!

2. Membelainya
Biasanya, ini merupakan satu hubungan mesra yang bayi anda perlukan untuk bertenang iaitu belaian dari ibunya.
Jika dia lebih tenang apabila anda mendukungnya tegak pada bahu atau keadaan mukanya ke bawah di dalam lengan anda, itu tanda, mungkin ada angin di dalam badannya yang menyebabkan dia menangis kerana tidak selesa.

3. Ayunkan secara berirama
Pergerakan  biasanya menenangkan bayi yang mudah tersinggung dan mungkin boleh menidurkannya. Ayunkannya di dalam lengan anda. Jika dia masih tidak tenang, cuba ayunkan dengan lebih cepat atau gerakkan ke atas kebawah dengan cara anda menjengketkan satu demi satu kaki anda.

4. Membedungnya
Balut bayi anda dengan agak sedikit kemas dan ketat dalam sehelai kain yang lembut atau selimut bayi. Ini dapat membantu untuk menenangkannya kerana dia akan berasa selamat. Jika bayi anda menangis, kerana sesuatu yang anda lakukan ke atasnya, contohnya dipakaikan baju atau dibersihkan, pembalutan ini mungkin merupakan cara terbaik untuk menyakinkan dan menenangkan dia kembali

5. Menepuknya.
Menepuk dan mengusap belakang dan perutnya secara berirama biasanya akan banyak membantu untuk menenangkan bayi anda.

6. Memberi sesuatu untuk dihisap.
Hampir semua bayi akan tenang apabila menghisap. Seperti satu silap mata, jari anda yang bersih mungkin dapat menenangkan dia dan kadangkala sampai dapat menidurkannya. Dia akan menghisap genggamannya sendiri dari usia awal.

7. Mengalihkan perhatiannya.
Adakalanya, melihat sesuatu boleh membuatkan bayi anda lupa sebab kenapa dia menangis, sekurangnya untuk seketika. Corak yang terang dan berwarna-warni mungkin dapat menarik perhatian bayi anda.

Perjalanan Seorang Hamba - My Simple Life : IV Mist Aromatic Nano Oil

Perjalanan Seorang Hamba - My Simple Life : IV Mist Aromatic Nano Oil : Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum semua, kali ni cik dah na...